Friday, January 21, 2011

ketupat cinta (musim pertama) - faisal tehrani

salam,

ini buku kedua faisal tehrani yang saya beli selepas advencer si peniup ney ( tak tau mana hilangnya buku ni)

buku ni dibeli bersama tunggu teduh dulu juga dari faisal tehrani

yang menariknya tentang buku ni ialah bahasa yang digunakan. bahasa istana zaman dahulu kala...dan sesiapa yang membaca buku jangan risau sebab disertakan sekali glosari di bahagian belakang buku ni...

watak utama ialah tun lepat. beliau ditangkap atas tuduhan meracun raja melaka ketika itu, iaitu sultan alaudin riayat shah. tun lepat ini pula ialah gerau atau tukang masak istana.

sepanjang membaca buku ini, tun lepat yang ketika di dalam penjara menceritakan tentang pakciknya, hang musa al-kadzim yang juga gerau tetapi di zaman parameswara. kiranya penceritaan semula atau flashback.

bila watak utamanya seorang gerau, maka kita topiknya sudah tentu makan dan makanan. maka kesemua bab di dalam novel ini bertemakan makan. mungkin sapa yang nak memasak mungkin boleh dapatkan resipi dari buku ini. tata tertib ketika memasak dan makan juga diceritakan di dalam novel ini. sebagai seorang muslim, boleh lah kita ambil mana yang baik untuk digunakan ketika masak dan makan. akan jadi darah daging jua makanan itu.

di istana, walaupun hanya di dalam dapur masih juga terdapat 'politik dapur'. dari dapur membawa ke balai penghadapan. jadi dalam novel ini 'politik dapur' juga memberi kesan kepada pentadbiran negeri.

walaubagaimanapun, novel ini mungkin akan ada sambungannya. mungkin sebab itu diletakkan tajuknya sebegitu rupa. ketupat cinta (musim pertama). musim kedua nanti mungkin akan dihikayatkan pula tentang tun lepat yang dipenjarakan dan persoalan kenapa tun lepat ditangkan akan terurai..

jika telah terbiasa dengan karya faisal tehrani, kita akan tahu bagaimana cara penceritaannya...banyak yang tersirat di dalam karyanya...

jadi makan untuk hidup atau hidup untuk makan...tepuk dada tanya selera...

No comments:

Post a Comment