Saturday, February 9, 2013

Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum...

Hari ni malam tahun baru cina di Malaysia...dan juga di seluruh dunia.. Selamat tahun baru kepada semua masyarakat Cina yang menyambutnya. Semoga anda semua bergembira di tahun baru ini.

Saya seperti biasa cuba menghabiskan buku-buku yang ada. Sekarang sedang membaca buku ketiga dari enam buah buku berkenaan Laksamana Sunan hasil tulisan Ramlee Awang Murshid. Buku pertama bagaikan puteri, buku kedua cinta sang ratu dan ketiga hijab sang pencinta (saya sedang membaca buku ketiga ini). Seterusnya cinta sufi, sutera bidadari dan yang terakhir sunan musafir. Watak utama Laksamana Sunan yang digambarkan sebagai seorang yang tinggi ilmunya, warak orangnya serta sangat sabar dan tenang dalam menghadapi segala rintangan.

Saya masih tiada lagi dua bukunya iaitu cinta sufi dan sutera bidadari. Akan dicari nanti. Sebenarnya saya mula membaca nukilan Ramlee Awang Murshid (RAM) ni sejak tombirou lagi. tapi saya tidak membelinya sekadar meminjam dari kawan. Pada saya karyanya juga lain dari yang lain. Bukan sekadar novel stereotaip yang jalan ceritanya sama sahaja. Tapi jujur saya katakan saya tak pernah membeli hatta satu pun karya RAM ini. Cuma terdetik hendak membeli baru-baru ini saja. Saya ingin membelinya ketika membelek-belek buku karya beliau yang paling baru aku bercerita. Tapi disebabkan teringat saya pernah mencuri-curi baca buku laksamana sunan (tidak ingat yang mana), saya lalu membeli empat buah sekaligus. Cuma dua lagi yang perlu dicari.

Saya juga pernah membaca cintaku di harajuku dan 9 nyawa. Mungkin ada yang lain pernah saya baca tapi tak ingat tajuknya. Oh saya juga membeli fiksyen 302. 

Pada saya RAM ini banyak ideanya. Setiap satu bukunya mempunyai keistimewaan yang  dan jalan cerita yang tersendiri termasuk juga heksalogi (terpaksa pinjam perkataan hexalogy) Laksamana Sunan ini. Setiap satu siri menunjukkan kesukaran beliau yang barlainan tapi berhubung kait. 

Saya amat cemburu sebenarnya dengan penulis novel secara amnya kerana bagaimana mereka mempunyai idea yang banyak untuk mengahsilkan sebuah novel terutama novel yang bersambungan. Saya harap saya mempunyai idea yang sebegitu. Bagaimana mereka mengembangkan watak-watak di dalamnya dan menyambungkan plot yang ada supaya menjadi menarik dan membuatkan pembaca semua ternanti-nanti buku berikutnya. Saya pernah mengalami fenomena yang sama ketika membaca kesemua buku harry potter karya J.K Rowling.

Kembali kepada tajuk utama entri ini, saya tidak akan berlaku adil untuk memilih buku mana yang paling bagus kerana saya tidak membaca semua karya beliau. Setakat ini saya paling suka membaca aku bercerita. Mungkin kerana buku itu mempunyai lima buah cerita pendek yang amat menarik untuk dibaca. Yang paling saya suka baca ialah cinta matiku. selain itu terdapat cerita bunian, culik, kancil dan cut.

Mungkin akan datang mungkin saya akan tuliskan entri saya berkenaan buku-buku RAM yang saya sudah baca. Tapi semuanya bergantung kepada tahap kerajinan. :)

Saya ingin menyambung pembacaan saya. Untuk anda teruskan membaca.

Sebagai manusia, kita sayang padamu - Laksamana Sunan



No comments:

Post a Comment